nuffnang

Wednesday, June 23, 2010

TRIP HARI BERANGIN

Trip kali ini dirancang tiga hari selepas aku balik dari KL bersama keluarga tercinta. Trip kali ini bersama dua rakan yang sudah ketagih untuk beraksi. Kali ini Ilham dan Bob Ali telah telah me sms bila beraksi. Seperti yang dirancang seawal jam 5.30 am kami telah bertolak dari Membakut menuju ke Wes 10. Lebih kurang jam 6.40 am kami telah sampai dan terus menyimpan semua senjata pertempuran kedalam bot.

Tiba di lokasi mencari umpan udang hidup tak kelihatan bot-bot penjurut, maknanya terpakslah aku menebarkan jala. Setelah menjala udang yang dicari-cari hanya tak sampai 10 ekor, terpaksalah kami pergi ke laut sipitang dimana disitu kelihatan kapal-kapal tunda. Setelah mendapat umpan kami terus menuju ke Lubuk pertama ( lubuk barabak ). Balingan pertama ku telah di sambut ikan putih dan seterusnya kami telah diasak oleh ikan merah tanda. Setelah kurang memberangskan kami berpindah ke lubuk balingkatak, semasa menuju ke balingkatak kami telah dilanda angin kencang dan ombak yang besar-besar juga.

Setiba di lokasi kami terus melabukan pancing, ilham telah menerima sambaran pertama ikan merah tanda. Ilham menerima strik berturut-turut dan merah tanda lagi yang naik sibuk ilham ketika itu, selepas itu giliran ku pula strik ikan merah kedua-dua joran ku di tarik serentak mujurlah bob ali membantu menaikkan. Terima kasih bob ali, selepas itu kami bergilir-gilir menrima asakan merah tanda. Tepat jam 11.30 am joran ku telah direntap dengan kuat nasib baik aku sempat memegang joranku yang hendak terjun ke sungai. Setelah melayan tarikan yang agak kuat akhirnya Ibu gelama terkulai layu.... ooooo seronok melayan ibu gelama seberat 3.8 kg.


sang ibu gelama ( jarau )

Setelah aksi berkurangan kami berpindah kedepan sedikit dekat dengan tanjung, kami bertiga terus melabukan pancing, belum sampai dua minit pancing kami telah menerima sambaran dari penghuni sungai lagi ikan merah, kerapu yang rakus menelan umpan udang hidup. Di tanjung itu kami menerima asakan sang merah tanda taruk makan taruk makan.... seronok..

antara merah tanda yang kecundang
Akhiran jam 5.20 pm kami trip kami ditamatkan dan pada ketika itu cuaca agak baik untuk kami menuju kepangkalan...