nuffnang

Tuesday, July 13, 2010

Trip Membotom & Cuba2an Troling

Hari ini baru ada kesempatan untuk menambah koleksi bagi tatapan rakan2 yang sudi menjenguk blog ini. Kali ini saya dan pengail tegar C6 saja yang turun memandangkan saudara Bob Ali beraksi dilaut dalam di Semerang.
Ahad lalu saya dan C6 saja untuk menduga sama ada aksi troling akan membuahkan hasil memandangkan air pada ketika itu pasang besar dan surut pun sangat laju. Kalau aksi membotom terpaksalah mencari kawasan yang terlindung dari arus yang kuat biasanya sang ikan juga akan berada dikawasan tersebut. Setelah mendapatkan umpan udang hidup kami terus pergi ke Lubuk Bangkuduan seperti biasa bila air pasang besar aksi ikan meragut umpan pun tidak memuaskan. Kami bercadang beralih lubuk ke Matabalanak mencari raba ( pokok yang tumbang) yang pada minggu lalu mempamerkan aksi yang sangat memuaskan.

Sepanjang perjalanan ke Balingkatak kami cuba aksi troling memandangkan air di kawasan Sg Burung agak jernih memang sesuai untuk teroling tapi tiada tarikan yang kami terima, kami terus memecut ke Lubuk Maidin yang mana masa lalu disinilah aksi troling sangat mengujakan. Lebih kurang 2 minit kami troling di tanjung Maidin kekili Penn ku berbunyi kuat sambil tali sulam Power Pro 60 lb terus berdecit-decit keluar, tanpa membuang masa aku terus mencapai joran dan melayan asakan pemangsa. Kelihatan di belakang sang pemangsa meronta-ronta dipermukaan air, hatin ku berkata sah sang lingkuh sudah mengena. C6 terus mencapai cangkuk dan dengan sekali cangkuk saja ikan lingkug sudah berjaya dinaikkan keperahu. Rupanya masih campion rakanku ini mancangkuk walaupun sudah lama tidak beraksi.

Setelah membuat dua pusingan troling tiada lagi sambaran dari sang ikan kami pun memutuskan untuk aksi membotom diraba pula. Sampai saja di lubuk raba kami terus melontarkan joran belum lagi umpan sampai ke dasar kali ku menerima asakan sang ikan rupanya sang ikan putih. Saya dan C6 menerima asakan demi asakan dari sang ikan dan iakan yang kami naikan dari berbagai spesis antaranya kerapu, merah tanda , ikan putih dan umpak. Sayangnya aksi taruk makan taruk makan tidak lama kerana air surut semakin laju dan akhirnya kami menamatkan trip kami kerana kehabisan umpan.




Aksi bersama Lingkuh


C6 dengan lingkuhnya

Hasil yang kurang memberangsangkan

Wednesday, July 7, 2010

Trip Ambil Cuti Rehat Untuk Memancing

Hari ini aku memang bercadang mengambil cuti untuk memancing kerana membawa kawan lama seorang polis yang bercuti balik ke Membakut. Rakan lama ku ini bertugas di Kuala Lumpur. Selepas saja aku menghantar anak2 ke sekolah aku terus memecut ke wes 10, tepat jam 7.10 am aku sudah sampai ke kg wes 10 dan terus menurukan peralatan ku sambil menunggu rakan lama ku. Sehingga 7.30 am rakan ku masih belum muncul dan dalam masa yang sama hp ku berbunyai, rupanya rakan ku tidak dapat turun disebabkan ada hal yang terpaksa dia uruskan.

Nampaknya aku terpaksa teruskan pengailan kali ni seorang diri sahaja, aku terus memecut perahu ku menuju lokasi seperti biasa mencari umpan udang hidup. Setiap dilokasi sudah kelihatan perahu penjurut sudah melabuhkan pukat dan sedang dalam proses menaikkan hasil tangkapan. Aku terus mengambil bekalan udang hidup dari anak buah dan terus memecut ke lubuk pertama ku kali ini sungai ketiduran, setiba di sana air surut sangat laju tidak lama di sana aku terus keluar dan pergi ke lubuk bangkuduan dimana pada hari sabtu lepas kami berpesta ikan putih. Setiba di lokasi aku terus melontarkan joran ku, sayang kali ini air surut agar deras menyebabkan kurang aksi dari pemangsa aku hanya menaikkan 2 ekor merah tanda.

Aku berpindah ke lubuk tunggul kayu di muara sungai tempat aku dan faizal berpesta merah tanda, di lubuk tunggul ini aku hanya berjaya menaikkan 5 merah tanda dan 1 pipi tebal( umpak). Bila aksi kurang memberangsangkan aku berpindah ke lubuk barabak, disini juga pemangsa yang biasa meragut umpan adalah merah tanda. Setiba saja di lokasi yang biasa ku berlabuh aku terus melontarkan joran ketengah sungai, belum samapai 1 minit joran ku terus dilarikan pemangsa dengan agak deras seekor merah tanda bersaiz tujuh jari berjaya ku naikkan. Di lubuk berabak aku berjaya menaikkan 6 ekor merah tanda dan 2 ekor ikan putih, seterusnya aku berpinda kelubuk matabalanak dimana terdapat pokok kayu yang rebah ke sungai. Setiba ku disana aku terus melontarkan pancing ke pokok kayu yang memang lokasi yang sesuai tempat ikan bermain, disini aku tidak menunggu lama untuk menerima asakan dari pemangsa. Di lubuk ini aku diasak ikan putih, merah tanda dan kerapu hitam(kerapu betina), boleh dikatakan asal taruk makan taruk makan memang seronok. Satu joran ku lontarkan ketengah sungai sebagai menguji kalau2 ada pemangsa yang sudi menjamah umpan yang segar, belum sampai 2 minit joran ku dilarikan begitu kuat sekali tali mono 25lb ku terus keluar dengan laju. Tanpa membuang masa aku terus menghidupkan enjin mengejar pemangsa yang semakin ketengah sungai, lebih kurang 15 minit sang pemangsa berjaya ku tumpaskan rupannya seekor Talang seberat 7.2 kg. Tepat jam 4.30 pm aku pun menamatkan trip kali ini.





Sang Talang yang tertumpas


Hasil tangkapan

Sunday, July 4, 2010

TRIP BERSAMA BOB ALI & C 6

Dua hari sebelum trip ini dilaksanakan member pengailan c6 telah sms ku menyatakan ada kail2 kan sabtu ni, memandangkan cuaca yang agak baik aku kata ok je. Pada masa yang sama ada juga rakan lain yang turun dari Bintuka dan Lubuk.


Seawal pagi lagi aku bergerak dari Taman Emas Takapan menuju ke kg tercinta wes 10, aku sampai tepat jam 6.30 am. Aku terus menyimpan peralatan ke perahu sementara menunggu ketibaan bob ali dan c6 yang kini semakin tegar jadi kaki pengailan. Jam 7.00am kelibat dua rakan pengailan pun tiba dan terus menyimpan peralatan yang sudah ditangas semalaman ke dalam perahu. Tanpa membuang masa kami terus memecut ke destinasi pertama mencari bekalan umpan udang hidup. Setiba di loksi kelihatan ada beberapa buah bot penjurut sedang menebarkan jalan sebagai ujian sebelum melabuhkan pukatnya. Belum ada lagi bot penjurut yang melabuhkan pukat mereka kerana udang yang dicari belum menampakkan diri.


Mahu tak mahu aku pun menebarkan juga jala untuk mencari udang hidup, lebih 10 kali menebarkan jala hanya lebih kurang 30 ekor saja udang yang sudi... aduh kalau ini macam tiada harpan kata hati kecil ku... sabar je... Tak lama sebuat bot penjuru telah melabukan pukatnya ... syukur kata ku ada harapan untuk pergi ke lubuk lebih awal. Setelah mendapatkan udang hidup kami terus memecut laju ke lubuk kali ini yang kira lama tidak ku kunjungi iaitu tanjung bangkuduan.


Setiba di tanjung bangkuduan air kelihatan jernih yang pada fikiran ku mungkin akan mendatangkan hasil yang baik, tanpa membung masa sauh diturunkan. Kami terus melabukan pancing ketepi teping yang mengikut pengalaman lampau terdapatnya ikan putih yang ragus membaham umpan. Satu pancingku telah dilontarkan ketengah2 sungai, dalam masa 3 minit belum ada sambaran dari pemangsa yang dikehendaki. Pancing ku telah ditarik dengan rakus tapi sayang sang ikan berjaya meloloskan diri. Bob Ali terlebih dahulu mendapatkan lesen kali ini seekor merah tanda sebesar penampar berjaya dinaikkan, tak lama kemudian pancing bergoyang tanpa membuang masa terus saja ku henjut dan sang ikan kali ini tak dapat meloloskan diri. Agak kuat juga daya juang sang pemangsa ini rupa2nya sang putih yang dinantikan akhirnya menampakkan diri, angaran 1kg sang putih yang pertama kunaikkan selepas itu pesta tarik menarik aku , bob ali dan c6 bermula taruk makan taruk makan berlanjutan selama 20 minit kebanyakkanya sang putih.


Kulihat kegembiraan terpancar dari wajah bob ali yang selama ini belum pernah menerima serangan sang putih yang bertali arus boleh dikatakan kami berpesta sang putih. Ikan putih yang berjaya kami naikkan ditanjung bangkuduan hampir memenuhi tong rubbermaid biru kami, bila aksi kurang memberangsangkan kami berpindah ke lubuk balinkatak mencari merah tanda pula. Dilubuk balingkatak pada kali ini kurang memberangsangkan kerana pada awal 2 lagi sudah ramai rakan pengailan berada disitu mungkin mereka sudah menaikkan merah tanda.


Apabila aksi kurang memberangsankan dan bekalan udang pun sudah habis kami beralih aksi keacara troling. Setelah dua pusingan dibuat tiada sambaran yang kami terima dan kami sepakat mengakhiri trip kami pada kali ini.




Hasil tangkpan kami

C6 dengan aksinya

Thursday, July 1, 2010

Trip Selepas Kenduri Kahwin


Trip kali ini memang tidak dirancang kerana pada ahad lalu dikg ada rakan yang melangsungkan perkahwinan.. kata orang kg mendirikan masjid... dula istilah itu kurang ku fahami.. Semasa berada di rumah pengantin ramai rakan2 pengailan disitu mereka saling bercerita akan hasil tangkapan pada hari2 yang lepas agak memberangsangkan, mereka bertanya tak turun ka geng banyak lauk sekarang ni... oooooi diracun pula kali ni. Setelah jam menunjukkan 9.30 am aku pun pulang kerumah sambil membuang air yang bertakung dalam bot kesayangku.

Hati bagaikan digaru2 untuk meneroka kawasan pengailan walaupun seketika... Tanpa berpikir panjang aku terus mengambil senjata yang ada ku tinggalkan di kg dan terus memecut dengan lajunya kelubuk perambatan(menjala udang). Setelah meneyebarkan jala lebih kurang 10 kali alhamdulilah hasilnya agak lumayan juga untuk bekalan udang hidup.

Setelah selesai mengemas jala aku terus memecut kelubuk biasa, kali ini lubuk Ketiduran jadi sasaran pertama ku. Aku terus melabuhankan perahu kelubuk kegemaranku, pancing terus ku lemparkan kedalam sungai yang sedia menanti kehadiran pemancing dan aku juga tak lupa melabuhakan perangkap samar di bawah perahu( ambur gulung bro). Belum sampai seminit tali kail ku telah dilarikan sang pemangsa rupa2nya sang putih menampakkan dirinya , selepas itu aksi taruk makan taruk makan berlanjutan lebih kurang 15 minit. Selepas aksi kurang memberangsangkan akupn terus berpindah kelubuk balingkatak.

Hasil di Ketiduran



Sampai saja dibalingkatak aku terus menuju lubuk yang memang selalunya tidak menghampakan, aku terus melemparkan pancing ku kedasar sungai yang airnya cantik menawan. Kali ini aksi sang merah agak lambat sediki... hati ku berkata mungkin hari ini dia malu untuk menonjolkan dirinya. Belum jauh hati ku berkata2 kail ku telah direntap dengan kuat, aku terus melayan asakan pemangsa yang semakin kuat terus mengeluarkan tali sulamku. Kali ini la dia kata hati kecil ku, ku sangkakan ibu merah tanda rupanya seekor pari daunan lebik kurang 7 kg. Apapun syukur rezeki jua, lebih kurang 15 minit berlalu selepas sang pari ku naikkan munculah merah tanda yang ku nantikan taruk makan tauk je makan tapi tak lama kerana air telah bertukar surut dengan lajunya. Tepat jam 2.30 pm aku pun menamatkan trip kali ini.....

Hasil Balingkatak