nuffnang

Thursday, December 29, 2011

TRIP DENGAN PARADIAN

Trip kali ini menyampaikan hajat peradian sebelum dia balik ke Johor. Hari yang tidak berapa bagus kerana seawal pagi lautan sudah bergelora.... Apa pun trip kali ini tetap memberikan kepuasan...




Sunday, October 2, 2011

BARABAK LAGI - 02.10.2011

Trip kali ini juga mensasarkan lokasi di kawasan Barabak kerana air surut seawal pagi memang sesuai untuk aktiviti membotom dan casting...

Ini sajalah paparan yang dapat di sediakan....







Sunday, September 25, 2011

TRIP BERANGIN - 25/9/2011

Trip kali ini secara sola saja memandangkan amaran angin yang disiarkan dicorong radio. Amaran angin dijangka sehinga hari isnin namun tidak melunturkan keinginkan untuk menikmati pemandangan dan keindahan laut.
Walaupun angin bertiup dan laut bergelora ada juga sang pemangsang yang sudi menjamah gewang dan umpan udang hidup yang ku sediakan..... Antara pemangsa yang sudi ..





Saturday, September 17, 2011

POT CASTING BARABAK

Pot yang mungkin belum diterokai geng2 casting.... (harap2 lah hehehehe).Pot ini nampaknya setiap kali di buat lawatan muhibah setakat ni nampaknya masih membuahkan hasil yang mengujakan apabila gewang dilemparkan pasti ada yang sudi menyambar walaupun bukan setiap lontaran .
Setakat ini aktiviti casting hanya dibuat apabila sesi membotom kurang memberangsangkan, belum lagi dibuat secara full time seperti Otai Karim, Otai Sham, Otai Belacan, Otai KOB, Otai KERUAK PATIN n banyak otai lain lagi yang memang sudah lama mengamalkan aktiviti casting .

Antara Pemangsa Yang Sudi





Bro Ilham dengan MJnya


Otai Samoi dengan tandanya



Saturday, August 20, 2011

Trip Ramadhan ( 20.08.2011 )

Kali ni trip secara solo kerana paradian a.k.a adik tak jadi ikut lambat bangun di rumah martunya. Jam 7.00 am aku sudah sampai di lokasi mencari umpan hidup. kelihatan sudah banyak bot penjurut sedang beraksi tanpa membuang masa aku terus mendapatkan umpan udang yang segar bugar.
Setiba di pot pertama di bangkuduan kelihatan sudah dua bot pengailan sedang beraksi, aku pn join sama berlabuh. Namun dalam kiraan lima minit tiada sentuhan dari sang ikan yang mengabitkan aku mengambil keputusan untuk pergi ke pot kedua di Barabak.
Tiba saja dibarabak aku terus parking bot di lubuk tanjung yang berpotensi, di sini hanya 1 talang 2 merah dan 3 sang putih. Aku berpindah ke pot casting pada minggu lepas bersama otai ag sura, setiba dibangkar aku terus melontarkan gewang ku baru dua kali lontaran sudah disambut oleh sang MJ tapi sayang rabut. Aktu terus lontar lagi dengan karawan yag pelahan dan joran ku terus disentap kuat, akhirnya MJ yang dinantikan muncul juga. Lontaran demi lontaran dan hasinya 2 MJ, 1 tanda 1 kerapu 1 umpak dan 4 rabut.





Selepas itu aku teruskan aktiviti membotom di tanjug Maidin , aku paking berlabuh di hujung bangkar. Disini aku berpesta ikan putih ( kalakituk)lebih kurang setengah jam aku diserang hendap sang putih dan hasilnya 67 putih, 3 tanda 3 kerapu berjaya dinaikkan. Selepas tu aku berpinda lagi ke pot ikan merah dan setibaku disana kelihatan bot mr ali ghani dan 1 bot dari menumbok sudah beraksi namun kata mr ali tiada renjatan.
Aku seperti biasa melabuhkan bot dan terus melontarkan senjata gempur dengan berbekalkan udang hidup, belum sempat ku melabuhkan senjat yang kedua kail ku telah disentap kuat dan hasilnya seekor umpah 1.2kg. Senjata tempur ku kesemuanya sudah ku labuhkan dan tampa membuang masa pemangsa melihatkan kerakusannya keempat-empat joran ku disentap serentak, kesemuanya sang merah tanda dapat dinaikkan. Bermulalah taro makan taro makan sungguh sibuk ku pada saat itu melayan aksi sang merah dan dalam masa yang sama joran ku disentap kuat tali keluar terus. Aksi tarik hulur tarik hulur berpanjangan selama 10 minit dan akhirnya kelihatan kelibat siakap, tanpa membuang masa terus ku naikan ke bot dan beratnya 7.0 kg ..... Syukuralhamdulilah kata hatiku. Sayangnya umpan ku telah habis sedangkan sang merah masih menganas namu apa kan daya memang itulah sahaja rezekiku, hasil keseluruhan di lubuk merah 35 merah tanda 3 kerapu 1 putih dan 1 siakap..... syukur...... Akupun menghairi trip ramadhan dengan tersenyum kepuasan......