nuffnang

Friday, December 24, 2010

SANG PUTIH LAGI

Trip yang di atur dengan Bro Ilham aka C6 akhirnya terlaksana pada 23.12.2010.Bro ilham yang sudah lama tidak keladang datang ke wes 10 seawal pagi lagi.


Monday, December 20, 2010

Sang Putih Kembali Lagi











Hasil Troling yang sempat di paparkan



Saturday, October 2, 2010

Troling cuba2

hasil troling main2
kerapu sedap2 distim

Troling main2 bila berpindah tempat lokasi memboton , air yang tidak menentu menyebabkan aksi troling hanya bila ada kesempatan.



Friday, October 1, 2010

Test Set Casting .... Matabawan

Mj Matabawan 2
Mj Matabawan 1
Saja cuba2 set casting baru di matabawan, tak diduga ada yang sudi menonjolkan diri..... macam set baru ni ada hong ......


Tuesday, September 28, 2010

TRIP BERSAMA CEWEK KU & IPAL

Trip kali ini saja meneroka lubuk2 yang biasa ku kunjungi cuma kali ini bersama cewek ku yang pertama kali turun beraksi menguji kemampuan menduga sang ikan. Ipal ku yang sudah lama tidak beraksi memang sangat teruja untuk merasa karan sang ikan.
Seawal pagi kami sudah berada dilokasi mencari umpan udang hidup, memang hari ini begitu banyak perahu penjurut dan mudah kami untuk mendapatkan udang hidup. Kami terus memecut kelokasi pertama setelah mendapatkan umpan yang secukupnya iaitu lokasi tunggul bangkuduan. Sampai dilokasi sauh terus dilabuhkan dan pancing terus dilontar tepat ke tepi tunggul strike pertama dihasilkan oleh cewek ku boleh tahan juga cewekku ini kata hati ku. Se ekor kerapu berjaya dinaikan oleh cewek ku. Joran ku tiba2 disentap kuat dan tali sulam ku terus keluar dan akhirnya seekor umpak berjaya ku daratkan. Seterusnya aksi taruk makan taruk makan berlanjutan lebih kurang 15 minit, bila aksi kurang memberangsangkan kami berpindah ke lubuk barabak.
Setiba dilubuk barabak kami terus melontarkan pancing ke tengah2 sungai, tanpa membung masa kali ku disentap sang ikan , sang merah berjaya dinaikkan. Ipal dan cewekku juga berjaya menaikkan sang putih, sang merah dan gelama2an. Hari yang mula menampakkan kemurungannya tanpa berlengah lagi memuntahkan isinya habis kami basah kuyup. Walaupun hujan lebat sang pemangsa terus galak menerkam umpan hidup yang disediakan.
Bila pertarungan berkurangan kami berpindah kehadapan sedikit iaitu kelubuk tanjung yang biasanya bila air surut memang menjajikan aksi yang mengujakan, setelah perahu di ikat di dayun nipah kami terus melontarkan joran masing2. Memang dugan ku membuahkan hasil kail kami silih berganti di sentap sang ikan. Sang putih paling banyak kami daratkan dan tanpa di duga ketika ipal melayan tarikan ikan jorannya yang satu lagi disentap kuat sehinggakan terpelanting ketengah sungai.. aduh sayang kataku kepada ipalku alamat jadi tukunlah pancing ipal ku. Bila pertarungan berkurangan kami kelubuk seterusya lubuk maidin. Disini hujan yang turun sudah berhenti dan kami terus melabukan sauh dan terus melontarkan joran masing2. Tanpa menunggu lama ketiga2 joran kamai disentap sang ikan dan kami berjaya menaikkan baby sang putih aka kalakituk. Dikesempatan ni aku mengambil keputusan untuk membakar ikan yang memang cadangan cewekku sebelum ka mi turun lagi.
Sambil berpindah kelubuk terakhir lubuk perlimpasan ke balingkatak cewekku sudah siap sediakan menyediakan hidangan untuk kami belasah. Sampai saja kelubuk kami terus melabukan sauh dan melontarkan joran dan terus membelasah makanan memandangkan perut yang sudah berkeroncong. Memang sedap makan ikan fres yang dibakar dilautan sungguh menyelerakan. Dilubuk ini kami hanya berjaya mendaratkan 5 ekor sang merah dan 3 ekor kerapu yang sedap2untuk di stim. Kami menamatkan trip kami tepat jam 2.30 pm.

aksi apal ku dengan double strike cewek ku dengan umpaknya
sang putih berjaya di naikkan
hasil tangkapan hampir memenuhi tong

Sunday, September 5, 2010

Trip Bulan Ramadhan

Lama sudah saya tidak uplod cerita edisi kail2an atas kesibukan yang dibuat2 sibuk....hehehehehe. Dalam bulan ramadhan ni ada beberapa trip kailan telah dibuat cuma belum ada kesempatan untuk menguplod bahan baru.

Trip merdeka saya baraksi secara solo saja memandangkan cuaca yang tidak menentu namaun hasinya boleh2 lah untuk bersungkai dan bersahur. Seperti biasa selepas solat subuh saya terus ke Wes 10. Setelah sampai terus bertolak ke laut untuk mencari udang hidup, syukur ada penjurut tempat mendapatkan umpan hidup sedang menaikkan udang.

Lokasi baru kali ini ialah tiang2 kayu yang dipacakkan untuk menanam paip ke Labuan, di lokasi ini kebanyakkannya pemangsannya adalah merah tanda memang berpotensi lubuk baru ini. Setelah aksi berkurangan saya berpindah ke lubuk biasa lubuk Maidin, disini aksi kalikituk dan languran memang megujakan taruk makan taruk makan berlangsung dalam 20 minit. Puas hati sehingga tak terasa lapar dan dahaga. Bila asakan berkurangan saya berpindah ke lubuk balingkatak dan dalam hati berkata ini distinasi akhir buat kali ini.

Sampai saja dilokasi biasa saya terus melabuhkan joran dan ambur, belum sampai seminit joranku di sentap kuat bermulalah perlawanan yang mendebarkan tali mono 25lb terus ditarik keluar dan dalam lebih kuurang 5 minit sang pemangsa memunculkan dirinya rupanya sang selungsung aka barra, alhamdulilah sudah rezeki kerana minggu sebelumnya cuma meliat aksi akrobatik didepan mata . Jam 3.oo pm saya menamkan trip ramadhan.



Tuesday, July 13, 2010

Trip Membotom & Cuba2an Troling

Hari ini baru ada kesempatan untuk menambah koleksi bagi tatapan rakan2 yang sudi menjenguk blog ini. Kali ini saya dan pengail tegar C6 saja yang turun memandangkan saudara Bob Ali beraksi dilaut dalam di Semerang.
Ahad lalu saya dan C6 saja untuk menduga sama ada aksi troling akan membuahkan hasil memandangkan air pada ketika itu pasang besar dan surut pun sangat laju. Kalau aksi membotom terpaksalah mencari kawasan yang terlindung dari arus yang kuat biasanya sang ikan juga akan berada dikawasan tersebut. Setelah mendapatkan umpan udang hidup kami terus pergi ke Lubuk Bangkuduan seperti biasa bila air pasang besar aksi ikan meragut umpan pun tidak memuaskan. Kami bercadang beralih lubuk ke Matabalanak mencari raba ( pokok yang tumbang) yang pada minggu lalu mempamerkan aksi yang sangat memuaskan.

Sepanjang perjalanan ke Balingkatak kami cuba aksi troling memandangkan air di kawasan Sg Burung agak jernih memang sesuai untuk teroling tapi tiada tarikan yang kami terima, kami terus memecut ke Lubuk Maidin yang mana masa lalu disinilah aksi troling sangat mengujakan. Lebih kurang 2 minit kami troling di tanjung Maidin kekili Penn ku berbunyi kuat sambil tali sulam Power Pro 60 lb terus berdecit-decit keluar, tanpa membuang masa aku terus mencapai joran dan melayan asakan pemangsa. Kelihatan di belakang sang pemangsa meronta-ronta dipermukaan air, hatin ku berkata sah sang lingkuh sudah mengena. C6 terus mencapai cangkuk dan dengan sekali cangkuk saja ikan lingkug sudah berjaya dinaikkan keperahu. Rupanya masih campion rakanku ini mancangkuk walaupun sudah lama tidak beraksi.

Setelah membuat dua pusingan troling tiada lagi sambaran dari sang ikan kami pun memutuskan untuk aksi membotom diraba pula. Sampai saja di lubuk raba kami terus melontarkan joran belum lagi umpan sampai ke dasar kali ku menerima asakan sang ikan rupanya sang ikan putih. Saya dan C6 menerima asakan demi asakan dari sang ikan dan iakan yang kami naikan dari berbagai spesis antaranya kerapu, merah tanda , ikan putih dan umpak. Sayangnya aksi taruk makan taruk makan tidak lama kerana air surut semakin laju dan akhirnya kami menamatkan trip kami kerana kehabisan umpan.




Aksi bersama Lingkuh


C6 dengan lingkuhnya

Hasil yang kurang memberangsangkan

Wednesday, July 7, 2010

Trip Ambil Cuti Rehat Untuk Memancing

Hari ini aku memang bercadang mengambil cuti untuk memancing kerana membawa kawan lama seorang polis yang bercuti balik ke Membakut. Rakan lama ku ini bertugas di Kuala Lumpur. Selepas saja aku menghantar anak2 ke sekolah aku terus memecut ke wes 10, tepat jam 7.10 am aku sudah sampai ke kg wes 10 dan terus menurukan peralatan ku sambil menunggu rakan lama ku. Sehingga 7.30 am rakan ku masih belum muncul dan dalam masa yang sama hp ku berbunyai, rupanya rakan ku tidak dapat turun disebabkan ada hal yang terpaksa dia uruskan.

Nampaknya aku terpaksa teruskan pengailan kali ni seorang diri sahaja, aku terus memecut perahu ku menuju lokasi seperti biasa mencari umpan udang hidup. Setiap dilokasi sudah kelihatan perahu penjurut sudah melabuhkan pukat dan sedang dalam proses menaikkan hasil tangkapan. Aku terus mengambil bekalan udang hidup dari anak buah dan terus memecut ke lubuk pertama ku kali ini sungai ketiduran, setiba di sana air surut sangat laju tidak lama di sana aku terus keluar dan pergi ke lubuk bangkuduan dimana pada hari sabtu lepas kami berpesta ikan putih. Setiba di lokasi aku terus melontarkan joran ku, sayang kali ini air surut agar deras menyebabkan kurang aksi dari pemangsa aku hanya menaikkan 2 ekor merah tanda.

Aku berpindah ke lubuk tunggul kayu di muara sungai tempat aku dan faizal berpesta merah tanda, di lubuk tunggul ini aku hanya berjaya menaikkan 5 merah tanda dan 1 pipi tebal( umpak). Bila aksi kurang memberangsangkan aku berpindah ke lubuk barabak, disini juga pemangsa yang biasa meragut umpan adalah merah tanda. Setiba saja di lokasi yang biasa ku berlabuh aku terus melontarkan joran ketengah sungai, belum samapai 1 minit joran ku terus dilarikan pemangsa dengan agak deras seekor merah tanda bersaiz tujuh jari berjaya ku naikkan. Di lubuk berabak aku berjaya menaikkan 6 ekor merah tanda dan 2 ekor ikan putih, seterusnya aku berpinda kelubuk matabalanak dimana terdapat pokok kayu yang rebah ke sungai. Setiba ku disana aku terus melontarkan pancing ke pokok kayu yang memang lokasi yang sesuai tempat ikan bermain, disini aku tidak menunggu lama untuk menerima asakan dari pemangsa. Di lubuk ini aku diasak ikan putih, merah tanda dan kerapu hitam(kerapu betina), boleh dikatakan asal taruk makan taruk makan memang seronok. Satu joran ku lontarkan ketengah sungai sebagai menguji kalau2 ada pemangsa yang sudi menjamah umpan yang segar, belum sampai 2 minit joran ku dilarikan begitu kuat sekali tali mono 25lb ku terus keluar dengan laju. Tanpa membuang masa aku terus menghidupkan enjin mengejar pemangsa yang semakin ketengah sungai, lebih kurang 15 minit sang pemangsa berjaya ku tumpaskan rupannya seekor Talang seberat 7.2 kg. Tepat jam 4.30 pm aku pun menamatkan trip kali ini.





Sang Talang yang tertumpas


Hasil tangkapan

Sunday, July 4, 2010

TRIP BERSAMA BOB ALI & C 6

Dua hari sebelum trip ini dilaksanakan member pengailan c6 telah sms ku menyatakan ada kail2 kan sabtu ni, memandangkan cuaca yang agak baik aku kata ok je. Pada masa yang sama ada juga rakan lain yang turun dari Bintuka dan Lubuk.


Seawal pagi lagi aku bergerak dari Taman Emas Takapan menuju ke kg tercinta wes 10, aku sampai tepat jam 6.30 am. Aku terus menyimpan peralatan ke perahu sementara menunggu ketibaan bob ali dan c6 yang kini semakin tegar jadi kaki pengailan. Jam 7.00am kelibat dua rakan pengailan pun tiba dan terus menyimpan peralatan yang sudah ditangas semalaman ke dalam perahu. Tanpa membuang masa kami terus memecut ke destinasi pertama mencari bekalan umpan udang hidup. Setiba di loksi kelihatan ada beberapa buah bot penjurut sedang menebarkan jalan sebagai ujian sebelum melabuhkan pukatnya. Belum ada lagi bot penjurut yang melabuhkan pukat mereka kerana udang yang dicari belum menampakkan diri.


Mahu tak mahu aku pun menebarkan juga jala untuk mencari udang hidup, lebih 10 kali menebarkan jala hanya lebih kurang 30 ekor saja udang yang sudi... aduh kalau ini macam tiada harpan kata hati kecil ku... sabar je... Tak lama sebuat bot penjuru telah melabukan pukatnya ... syukur kata ku ada harapan untuk pergi ke lubuk lebih awal. Setelah mendapatkan udang hidup kami terus memecut laju ke lubuk kali ini yang kira lama tidak ku kunjungi iaitu tanjung bangkuduan.


Setiba di tanjung bangkuduan air kelihatan jernih yang pada fikiran ku mungkin akan mendatangkan hasil yang baik, tanpa membung masa sauh diturunkan. Kami terus melabukan pancing ketepi teping yang mengikut pengalaman lampau terdapatnya ikan putih yang ragus membaham umpan. Satu pancingku telah dilontarkan ketengah2 sungai, dalam masa 3 minit belum ada sambaran dari pemangsa yang dikehendaki. Pancing ku telah ditarik dengan rakus tapi sayang sang ikan berjaya meloloskan diri. Bob Ali terlebih dahulu mendapatkan lesen kali ini seekor merah tanda sebesar penampar berjaya dinaikkan, tak lama kemudian pancing bergoyang tanpa membuang masa terus saja ku henjut dan sang ikan kali ini tak dapat meloloskan diri. Agak kuat juga daya juang sang pemangsa ini rupa2nya sang putih yang dinantikan akhirnya menampakkan diri, angaran 1kg sang putih yang pertama kunaikkan selepas itu pesta tarik menarik aku , bob ali dan c6 bermula taruk makan taruk makan berlanjutan selama 20 minit kebanyakkanya sang putih.


Kulihat kegembiraan terpancar dari wajah bob ali yang selama ini belum pernah menerima serangan sang putih yang bertali arus boleh dikatakan kami berpesta sang putih. Ikan putih yang berjaya kami naikkan ditanjung bangkuduan hampir memenuhi tong rubbermaid biru kami, bila aksi kurang memberangsangkan kami berpindah ke lubuk balinkatak mencari merah tanda pula. Dilubuk balingkatak pada kali ini kurang memberangsangkan kerana pada awal 2 lagi sudah ramai rakan pengailan berada disitu mungkin mereka sudah menaikkan merah tanda.


Apabila aksi kurang memberangsankan dan bekalan udang pun sudah habis kami beralih aksi keacara troling. Setelah dua pusingan dibuat tiada sambaran yang kami terima dan kami sepakat mengakhiri trip kami pada kali ini.




Hasil tangkpan kami

C6 dengan aksinya

Thursday, July 1, 2010

Trip Selepas Kenduri Kahwin


Trip kali ini memang tidak dirancang kerana pada ahad lalu dikg ada rakan yang melangsungkan perkahwinan.. kata orang kg mendirikan masjid... dula istilah itu kurang ku fahami.. Semasa berada di rumah pengantin ramai rakan2 pengailan disitu mereka saling bercerita akan hasil tangkapan pada hari2 yang lepas agak memberangsangkan, mereka bertanya tak turun ka geng banyak lauk sekarang ni... oooooi diracun pula kali ni. Setelah jam menunjukkan 9.30 am aku pun pulang kerumah sambil membuang air yang bertakung dalam bot kesayangku.

Hati bagaikan digaru2 untuk meneroka kawasan pengailan walaupun seketika... Tanpa berpikir panjang aku terus mengambil senjata yang ada ku tinggalkan di kg dan terus memecut dengan lajunya kelubuk perambatan(menjala udang). Setelah meneyebarkan jala lebih kurang 10 kali alhamdulilah hasilnya agak lumayan juga untuk bekalan udang hidup.

Setelah selesai mengemas jala aku terus memecut kelubuk biasa, kali ini lubuk Ketiduran jadi sasaran pertama ku. Aku terus melabuhankan perahu kelubuk kegemaranku, pancing terus ku lemparkan kedalam sungai yang sedia menanti kehadiran pemancing dan aku juga tak lupa melabuhakan perangkap samar di bawah perahu( ambur gulung bro). Belum sampai seminit tali kail ku telah dilarikan sang pemangsa rupa2nya sang putih menampakkan dirinya , selepas itu aksi taruk makan taruk makan berlanjutan lebih kurang 15 minit. Selepas aksi kurang memberangsangkan akupn terus berpindah kelubuk balingkatak.

Hasil di Ketiduran



Sampai saja dibalingkatak aku terus menuju lubuk yang memang selalunya tidak menghampakan, aku terus melemparkan pancing ku kedasar sungai yang airnya cantik menawan. Kali ini aksi sang merah agak lambat sediki... hati ku berkata mungkin hari ini dia malu untuk menonjolkan dirinya. Belum jauh hati ku berkata2 kail ku telah direntap dengan kuat, aku terus melayan asakan pemangsa yang semakin kuat terus mengeluarkan tali sulamku. Kali ini la dia kata hati kecil ku, ku sangkakan ibu merah tanda rupanya seekor pari daunan lebik kurang 7 kg. Apapun syukur rezeki jua, lebih kurang 15 minit berlalu selepas sang pari ku naikkan munculah merah tanda yang ku nantikan taruk makan tauk je makan tapi tak lama kerana air telah bertukar surut dengan lajunya. Tepat jam 2.30 pm aku pun menamatkan trip kali ini.....

Hasil Balingkatak

Wednesday, June 23, 2010

TRIP HARI BERANGIN

Trip kali ini dirancang tiga hari selepas aku balik dari KL bersama keluarga tercinta. Trip kali ini bersama dua rakan yang sudah ketagih untuk beraksi. Kali ini Ilham dan Bob Ali telah telah me sms bila beraksi. Seperti yang dirancang seawal jam 5.30 am kami telah bertolak dari Membakut menuju ke Wes 10. Lebih kurang jam 6.40 am kami telah sampai dan terus menyimpan semua senjata pertempuran kedalam bot.

Tiba di lokasi mencari umpan udang hidup tak kelihatan bot-bot penjurut, maknanya terpakslah aku menebarkan jala. Setelah menjala udang yang dicari-cari hanya tak sampai 10 ekor, terpaksalah kami pergi ke laut sipitang dimana disitu kelihatan kapal-kapal tunda. Setelah mendapat umpan kami terus menuju ke Lubuk pertama ( lubuk barabak ). Balingan pertama ku telah di sambut ikan putih dan seterusnya kami telah diasak oleh ikan merah tanda. Setelah kurang memberangskan kami berpindah ke lubuk balingkatak, semasa menuju ke balingkatak kami telah dilanda angin kencang dan ombak yang besar-besar juga.

Setiba di lokasi kami terus melabukan pancing, ilham telah menerima sambaran pertama ikan merah tanda. Ilham menerima strik berturut-turut dan merah tanda lagi yang naik sibuk ilham ketika itu, selepas itu giliran ku pula strik ikan merah kedua-dua joran ku di tarik serentak mujurlah bob ali membantu menaikkan. Terima kasih bob ali, selepas itu kami bergilir-gilir menrima asakan merah tanda. Tepat jam 11.30 am joran ku telah direntap dengan kuat nasib baik aku sempat memegang joranku yang hendak terjun ke sungai. Setelah melayan tarikan yang agak kuat akhirnya Ibu gelama terkulai layu.... ooooo seronok melayan ibu gelama seberat 3.8 kg.


sang ibu gelama ( jarau )

Setelah aksi berkurangan kami berpindah kedepan sedikit dekat dengan tanjung, kami bertiga terus melabukan pancing, belum sampai dua minit pancing kami telah menerima sambaran dari penghuni sungai lagi ikan merah, kerapu yang rakus menelan umpan udang hidup. Di tanjung itu kami menerima asakan sang merah tanda taruk makan taruk makan.... seronok..

antara merah tanda yang kecundang
Akhiran jam 5.20 pm kami trip kami ditamatkan dan pada ketika itu cuaca agak baik untuk kami menuju kepangkalan...


Monday, May 24, 2010

Pemandangan Sungai Balingkatak


Pemandangan yang sunguh indah, sesedap mata memandang sedap lagi bila dapat menurunkan pancing di sungai Balingkatak ini. Kebanyakan spesis ikan di sini memang ikan yang digilai kaki pancing antara penghuni tetap ikan di sungai ini antaranya Ikan Putih, Kurau, Kerapu, Jenahak, Merah Tanda, Ungah( MJ) dan ada banyak lagi spesis yang membuatkan kaki pancing tidak dapat melupakkan bila pernah beraksi di sini..... memang berbaloi bro...

Sunday, May 23, 2010

Trip Dengan Jubakna Pudin Khan 23 Mei 2010 ... Memang Mantop

Trip kali ini dirancang selama tiga hari sahaja, pada awalnya saya, Mr Fizal dan Jubakna Pudin Khan telah berjanji akan turun pada 23 mei (ahad). Seawal jam 4.30 aku telah bangun dan menyediakan bekalan untuk beraksi di lokasi seperti biasa. Tepat jam 4.50 hp ku berbunyi ada satu mesej, aduh kesian Mr Fizal tak dapat turun kerana anaknya sakit... kesian dia apa boleh buat sudah tangungjawab sebagai bapa mithali.

Trip diteruskan juga biarpun hanya kami berdua, tepat jam 5.10 kereta Jubakna Pudin Khan sudah berlabuh didepan pagar rumahku. Setelah menyimpan semua peralatan kami pun terus bergerak ke Kg Wes 10 dimana lokasi perahu ku menantikan tuannya. Setiba kami di wes 10 lebih kurang jam 6.00 pagi, setelah menyimpan semua peralatan kedalam perahu kami terus bergerak ke laut untuk mencari udang hidup. Seperti biasa nelayan penjurut udang sudah tersedia dengan udang hidup yang segar bugar, tanpa membuang masa kami terus bergerak setelah mendapat upan udang hidup. Seperti biasa lokasi pertama ialah tunggul Bangkuduan jadi pertaruhan. Setiba di lokasi sudah ada bot pengailan berlabuh disitu bila diamati rupanya bekas cigu ku dan juga rakan sepejabat ku Tuan Hj Ali.

Tanpa melengahkan masa sauh terus dilabuhkan kedasar dan bermulalah aksi membotom. Belum sampai 1 minit jorang ku telah menerima isyarat ada pemangsa mau membedal udang hidup yang segar bugar dan pemangsanya dapat di tumpaskan seperti biasa Merah Tanda berjaya dinaikkan. Bermulalah sesi asal taruk tetap tarik kesemuanya ikan merah tanda yang jadi mangsa aku dan geng ku Jubakna Pudin... Setelah aksi kurang membrangsangkan kami telah berpindah ke lubuk ke seterusnya Lubuk Maidin dan Balingkatak. Di Lubuk Balingkatak kali ini memberikan potensi yang memberangsangkan sehingga kami ke habisan umpan.... seronok kata geng ku memang puas melayan ikan kali ini... Jam 5.00 petang kami berangkat pulang dengan hati yang gembira... akan di apil lagi minggu depan...


pari daunan yang kecundang


Double Strike ..... mantop

Jubakna Pudin Khan dengan ci putih


Kurau Jenivel yang kecundang

hasil membotom

Wednesday, May 19, 2010

Kg Wes 10 yang indah dan permai


Penduduk Kg Wes 10 kebanyakannya adalah nelayan sejati yang menjadikan pekerjaan ini sebagai warisan turun temurun.

Saturday, May 15, 2010

Lingkuh yang lama menyepi


Lingkuh penyambar geweng







Kembalinya Predetor Maidin



Seawal pagi jam 5.30 am aku terlah bertolak ke kg wes10 bersama ag jamal dan seorang lagi rakannya. Kedua-dua mereka adalah bekas murid ku semas mengajar d SMK Membakut. Kami menaiki 2 buah kereta. Tepat jam 6.10 am kami telah sampai di kg wes10, cuaca pada pagi ini menampkan kemurungannya dengan hujan renyai2.

Setelah menyediakan peralatan kami terus bertolak ke lokasi yang biasa ku tuju, trip kali ni juga sama dengan mr faizal iaitu memboto maklulamlah geng ini juga tidak berapa gemar dengan aksi troling. Tepat jam 7.00 am kami telah sampai ke lokasi mencari udang hidup kebetulan sudah ada bot menjurut udang yang sedang memainkan peranannya. Aku terus ke bot yang sedang menaikkan udang hidup kebetulan pula botman adalah rakan sekelas ku semasa sekolah rendah dulu.. senanglah ku dapat umpan heheheh.. Setelah selesai mendapatkan bekalan udang hidup kami terus memecut ke lokasi yang biasa di kunjungi, cuaca masih lagi menampakkan kemurungannya.. memang hari ini cuaca kurang memberangsangkan kaki pancing macam kami.

Di lokasi pertama di Ingur2 kami hanya menerima layanan gelama dan merah tanda, selepas itu kami berpindah ke lubuk seterusnya Bangkuduan, malanganya arus terlalu kuat dan kami hanya dapat melayan beberapa ekor merah tanda dan gerud2. Ag jamal mendapat serangan yang kuat menyebabkan jorannya melentur bagai nak patah tapi sayang sang pemangsa lebih bijak meloloskan diri dengan membawa mata kali ag jamal... nampaknya ada lagi yang terpaksa ke hospital untuk membuka pemata.. kesian pemangsa tersebut. Setelah aksi kurang memberangsankan aku mengajak rakan sepengailan berpindah ke lubuk Barabak, disini kami hanya dapat melayan beberapa ekor kerapau rintik memeng sedap kalau di stim...

Lubuk terakhir yang kami kunjugi ialah lubuk antara maidin ke balingkatak untuk mencari merah tanda dan kerapu laki. Sebelum sampai kelokasi yang di tuju aku melihat airnya sangat sesuai untuk ku melakukan aksi troling, tanpa membuang masa aku telah melontarkan geweng kegemaranku lalu membuat tundan. Hanya dalam masa lebih kurang 10 minit drik peen ku telah berbunyi kuat dengan tali sulam power pro kekuatan 50 paun terus keluar dengan lajunya, dalam hati ku berkata sah sudah geng yang lama menyepi sudah kembali. Aku terus memperlahankan enjen bot dan terus mencapai joran ku yang sedang menerima asakan yang kuat. Setelah melayan asakan dengan berhati2 akhirnya munculah geng yang di cari yang sudah lama menyepikan diri, tanpa membuang masa aku terus mencangkuk badan lingkuh yang masih menampakkan kegagahanya. Akhirnya lingkuh yang gagah terkulai layu... rasa kepuasan yang menyelubungi aku dan geng pengailan ku. Setelah bergambar dan di timbang lingkuh yang kami tumpaskan mempunyai keberatan 7.1 kg... syukur.....


Kerapu yang sedap di stim




Wednesday, May 12, 2010

Kenangan Troling 2009

mr ilham penunda tegar


kenangan yang sangat manis

trip dalam bulan ramadan

Kenangan trip troling tahun 2009 memang seronok setiap kali turun pasti akan dapat pemangsa yang di idamkan setiap kaki troling di kawasan Bangkuduan hingga ke Balingkatak. Bermula dari bulan mac hinggalah bulan ogos tahun 2009 setiap trip yang di rancang pasti membawa hasil yang lumayan.
Tahun 2010 bulan januari trip troling dan botom terpaksa di aplikasikan bersama-sama memandangkan tahun 2010 troling kurang memberangsangkan. Troling di buat cuma seketika sahaja itupun ketika hendak beralih ke lubuk yang lain dalam acara membotom. Sekarang sudah bulan mei belum ada lagi geng troling yang menghantar mesej yang mendebarkan, harap2 bulan jun ni pemangsa2 yang dinantikan akan muncul ......

Lepas gian sebelum Ke Selangor

Antara hasil tangkapan


Sepatutnya hari sabtu lepas buat trip dengan ag boy dengan ag najir disebabkan pada tarikh tersebut aku pergi ke Selangor bawa peserta merentas desa peringkat kebangsaan terpaksalah trip tersebut di batalkan... kesian geng ku tu kepunankan ngail..
Untuk melepaskan gian aku ambil cuti hari khamis, ku ajak ag boy tapi katanya tak dapat. Selepas ku mengantar peranak ke sekolah aku terus memecut iswara lama ku ke kg wes 10 iaitu kg kesayangku. Tepat jam 7.50 aku sampai d wes 10, selepas menyediakan peralatan aku terus memecut bot dengan enjen 15 kuasa kuda.
Sampai di lokasi mencari umpan tiada bot memukat jurut terpaksalah ku merambat udang untuk mendapatkan umpan yang segar. Setelah 1 jam merambat dapatlah lebih kurang 50 ekor udang sahaja kurang pula udang.. penat.... Tepat jam 9.00 am aku terus memecut kelubuk kegemaran ku, bermulalah aksi tarik menarik. Tepat jam 12.30 pm trip terpaksa diberhentikan memandangkan umpan sudah habis dan aku terus memecut pulang ke kg wes 10....

Wednesday, May 5, 2010

Trip tak dirancang


hasil tangkapan hari ini


hasil tangkap mr faizal





merah tanda yang memberi ketagih memancing

Pertemuan yang tidak rancangan dengan Chew Chung Hui atau nama glamornya Fizal di Kota Marin pada sabtu lalu membawa ke Trip cuba2 di Weston. Seawal pagi jam 5.40am kami telah bertolak dari Taman Takapan Emas Membakut menuju ke kg wes10. Tepat jam 6.2o am kami telah tiba di rumah beliau dan terus menurunkan peralatan ke perahuku yang sudah sedia menanti. Jam 7.00 am kami telah sampai ke lokasi mencari umpan, mujurlah ada anak buah sudah sedia memberikan umpan udang hidup segar... heheheh

Tidaklah saya perlu merambat untuk mendapatkan udang. Kami terus memecut laju menuju lokasi yang memang berpotensi iaitu di lubuk tunggul bangkuduan. Sampai saja d lokasi kira2 jam 7.20 am saya terus memberikan isyarat kepada fizal untuk melabukan sauh. Pancing terus di labuhkan ke laut. Belum sempat memasang upan pancing kedua pancing pertama yang ku labuhkan telah di tarik dengan kuatnya... Seekor pari telah dinaikkan dalam 3 kg. Selepas itu bermulalah pesta jenahak jenival dan yang mega2. Labuh je kena tarik sampaikan fizal tak terlayan.... huh sunguh seronok.

Tuesday, May 4, 2010

trip baung-baungan


semasa sukan balapan & padang di Tawau sempat jua ku mencari geng pengamburan disana dapat jua membuat trip pada waktu malam ...... mun udah gila kail pantang ada ruang belasah terus. Gambar di ambil siang hari... lupa bawa kamera baaaa