nuffnang

Wednesday, July 7, 2010

Trip Ambil Cuti Rehat Untuk Memancing

Hari ini aku memang bercadang mengambil cuti untuk memancing kerana membawa kawan lama seorang polis yang bercuti balik ke Membakut. Rakan lama ku ini bertugas di Kuala Lumpur. Selepas saja aku menghantar anak2 ke sekolah aku terus memecut ke wes 10, tepat jam 7.10 am aku sudah sampai ke kg wes 10 dan terus menurukan peralatan ku sambil menunggu rakan lama ku. Sehingga 7.30 am rakan ku masih belum muncul dan dalam masa yang sama hp ku berbunyai, rupanya rakan ku tidak dapat turun disebabkan ada hal yang terpaksa dia uruskan.

Nampaknya aku terpaksa teruskan pengailan kali ni seorang diri sahaja, aku terus memecut perahu ku menuju lokasi seperti biasa mencari umpan udang hidup. Setiap dilokasi sudah kelihatan perahu penjurut sudah melabuhkan pukat dan sedang dalam proses menaikkan hasil tangkapan. Aku terus mengambil bekalan udang hidup dari anak buah dan terus memecut ke lubuk pertama ku kali ini sungai ketiduran, setiba di sana air surut sangat laju tidak lama di sana aku terus keluar dan pergi ke lubuk bangkuduan dimana pada hari sabtu lepas kami berpesta ikan putih. Setiba di lokasi aku terus melontarkan joran ku, sayang kali ini air surut agar deras menyebabkan kurang aksi dari pemangsa aku hanya menaikkan 2 ekor merah tanda.

Aku berpindah ke lubuk tunggul kayu di muara sungai tempat aku dan faizal berpesta merah tanda, di lubuk tunggul ini aku hanya berjaya menaikkan 5 merah tanda dan 1 pipi tebal( umpak). Bila aksi kurang memberangsangkan aku berpindah ke lubuk barabak, disini juga pemangsa yang biasa meragut umpan adalah merah tanda. Setiba saja di lokasi yang biasa ku berlabuh aku terus melontarkan joran ketengah sungai, belum samapai 1 minit joran ku terus dilarikan pemangsa dengan agak deras seekor merah tanda bersaiz tujuh jari berjaya ku naikkan. Di lubuk berabak aku berjaya menaikkan 6 ekor merah tanda dan 2 ekor ikan putih, seterusnya aku berpinda kelubuk matabalanak dimana terdapat pokok kayu yang rebah ke sungai. Setiba ku disana aku terus melontarkan pancing ke pokok kayu yang memang lokasi yang sesuai tempat ikan bermain, disini aku tidak menunggu lama untuk menerima asakan dari pemangsa. Di lubuk ini aku diasak ikan putih, merah tanda dan kerapu hitam(kerapu betina), boleh dikatakan asal taruk makan taruk makan memang seronok. Satu joran ku lontarkan ketengah sungai sebagai menguji kalau2 ada pemangsa yang sudi menjamah umpan yang segar, belum sampai 2 minit joran ku dilarikan begitu kuat sekali tali mono 25lb ku terus keluar dengan laju. Tanpa membuang masa aku terus menghidupkan enjin mengejar pemangsa yang semakin ketengah sungai, lebih kurang 15 minit sang pemangsa berjaya ku tumpaskan rupannya seekor Talang seberat 7.2 kg. Tepat jam 4.30 pm aku pun menamatkan trip kali ini.





Sang Talang yang tertumpas


Hasil tangkapan

No comments:

Post a Comment