nuffnang

Sunday, July 4, 2010

TRIP BERSAMA BOB ALI & C 6

Dua hari sebelum trip ini dilaksanakan member pengailan c6 telah sms ku menyatakan ada kail2 kan sabtu ni, memandangkan cuaca yang agak baik aku kata ok je. Pada masa yang sama ada juga rakan lain yang turun dari Bintuka dan Lubuk.


Seawal pagi lagi aku bergerak dari Taman Emas Takapan menuju ke kg tercinta wes 10, aku sampai tepat jam 6.30 am. Aku terus menyimpan peralatan ke perahu sementara menunggu ketibaan bob ali dan c6 yang kini semakin tegar jadi kaki pengailan. Jam 7.00am kelibat dua rakan pengailan pun tiba dan terus menyimpan peralatan yang sudah ditangas semalaman ke dalam perahu. Tanpa membuang masa kami terus memecut ke destinasi pertama mencari bekalan umpan udang hidup. Setiba di loksi kelihatan ada beberapa buah bot penjurut sedang menebarkan jalan sebagai ujian sebelum melabuhkan pukatnya. Belum ada lagi bot penjurut yang melabuhkan pukat mereka kerana udang yang dicari belum menampakkan diri.


Mahu tak mahu aku pun menebarkan juga jala untuk mencari udang hidup, lebih 10 kali menebarkan jala hanya lebih kurang 30 ekor saja udang yang sudi... aduh kalau ini macam tiada harpan kata hati kecil ku... sabar je... Tak lama sebuat bot penjuru telah melabukan pukatnya ... syukur kata ku ada harapan untuk pergi ke lubuk lebih awal. Setelah mendapatkan udang hidup kami terus memecut laju ke lubuk kali ini yang kira lama tidak ku kunjungi iaitu tanjung bangkuduan.


Setiba di tanjung bangkuduan air kelihatan jernih yang pada fikiran ku mungkin akan mendatangkan hasil yang baik, tanpa membung masa sauh diturunkan. Kami terus melabukan pancing ketepi teping yang mengikut pengalaman lampau terdapatnya ikan putih yang ragus membaham umpan. Satu pancingku telah dilontarkan ketengah2 sungai, dalam masa 3 minit belum ada sambaran dari pemangsa yang dikehendaki. Pancing ku telah ditarik dengan rakus tapi sayang sang ikan berjaya meloloskan diri. Bob Ali terlebih dahulu mendapatkan lesen kali ini seekor merah tanda sebesar penampar berjaya dinaikkan, tak lama kemudian pancing bergoyang tanpa membuang masa terus saja ku henjut dan sang ikan kali ini tak dapat meloloskan diri. Agak kuat juga daya juang sang pemangsa ini rupa2nya sang putih yang dinantikan akhirnya menampakkan diri, angaran 1kg sang putih yang pertama kunaikkan selepas itu pesta tarik menarik aku , bob ali dan c6 bermula taruk makan taruk makan berlanjutan selama 20 minit kebanyakkanya sang putih.


Kulihat kegembiraan terpancar dari wajah bob ali yang selama ini belum pernah menerima serangan sang putih yang bertali arus boleh dikatakan kami berpesta sang putih. Ikan putih yang berjaya kami naikkan ditanjung bangkuduan hampir memenuhi tong rubbermaid biru kami, bila aksi kurang memberangsangkan kami berpindah ke lubuk balinkatak mencari merah tanda pula. Dilubuk balingkatak pada kali ini kurang memberangsangkan kerana pada awal 2 lagi sudah ramai rakan pengailan berada disitu mungkin mereka sudah menaikkan merah tanda.


Apabila aksi kurang memberangsankan dan bekalan udang pun sudah habis kami beralih aksi keacara troling. Setelah dua pusingan dibuat tiada sambaran yang kami terima dan kami sepakat mengakhiri trip kami pada kali ini.




Hasil tangkpan kami

C6 dengan aksinya

1 comment: