nuffnang

Thursday, July 1, 2010

Trip Selepas Kenduri Kahwin


Trip kali ini memang tidak dirancang kerana pada ahad lalu dikg ada rakan yang melangsungkan perkahwinan.. kata orang kg mendirikan masjid... dula istilah itu kurang ku fahami.. Semasa berada di rumah pengantin ramai rakan2 pengailan disitu mereka saling bercerita akan hasil tangkapan pada hari2 yang lepas agak memberangsangkan, mereka bertanya tak turun ka geng banyak lauk sekarang ni... oooooi diracun pula kali ni. Setelah jam menunjukkan 9.30 am aku pun pulang kerumah sambil membuang air yang bertakung dalam bot kesayangku.

Hati bagaikan digaru2 untuk meneroka kawasan pengailan walaupun seketika... Tanpa berpikir panjang aku terus mengambil senjata yang ada ku tinggalkan di kg dan terus memecut dengan lajunya kelubuk perambatan(menjala udang). Setelah meneyebarkan jala lebih kurang 10 kali alhamdulilah hasilnya agak lumayan juga untuk bekalan udang hidup.

Setelah selesai mengemas jala aku terus memecut kelubuk biasa, kali ini lubuk Ketiduran jadi sasaran pertama ku. Aku terus melabuhankan perahu kelubuk kegemaranku, pancing terus ku lemparkan kedalam sungai yang sedia menanti kehadiran pemancing dan aku juga tak lupa melabuhakan perangkap samar di bawah perahu( ambur gulung bro). Belum sampai seminit tali kail ku telah dilarikan sang pemangsa rupa2nya sang putih menampakkan dirinya , selepas itu aksi taruk makan taruk makan berlanjutan lebih kurang 15 minit. Selepas aksi kurang memberangsangkan akupn terus berpindah kelubuk balingkatak.

Hasil di Ketiduran



Sampai saja dibalingkatak aku terus menuju lubuk yang memang selalunya tidak menghampakan, aku terus melemparkan pancing ku kedasar sungai yang airnya cantik menawan. Kali ini aksi sang merah agak lambat sediki... hati ku berkata mungkin hari ini dia malu untuk menonjolkan dirinya. Belum jauh hati ku berkata2 kail ku telah direntap dengan kuat, aku terus melayan asakan pemangsa yang semakin kuat terus mengeluarkan tali sulamku. Kali ini la dia kata hati kecil ku, ku sangkakan ibu merah tanda rupanya seekor pari daunan lebik kurang 7 kg. Apapun syukur rezeki jua, lebih kurang 15 minit berlalu selepas sang pari ku naikkan munculah merah tanda yang ku nantikan taruk makan tauk je makan tapi tak lama kerana air telah bertukar surut dengan lajunya. Tepat jam 2.30 pm aku pun menamatkan trip kali ini.....

Hasil Balingkatak

No comments:

Post a Comment