nuffnang

Wednesday, May 12, 2010

Lepas gian sebelum Ke Selangor

Antara hasil tangkapan


Sepatutnya hari sabtu lepas buat trip dengan ag boy dengan ag najir disebabkan pada tarikh tersebut aku pergi ke Selangor bawa peserta merentas desa peringkat kebangsaan terpaksalah trip tersebut di batalkan... kesian geng ku tu kepunankan ngail..
Untuk melepaskan gian aku ambil cuti hari khamis, ku ajak ag boy tapi katanya tak dapat. Selepas ku mengantar peranak ke sekolah aku terus memecut iswara lama ku ke kg wes 10 iaitu kg kesayangku. Tepat jam 7.50 aku sampai d wes 10, selepas menyediakan peralatan aku terus memecut bot dengan enjen 15 kuasa kuda.
Sampai di lokasi mencari umpan tiada bot memukat jurut terpaksalah ku merambat udang untuk mendapatkan umpan yang segar. Setelah 1 jam merambat dapatlah lebih kurang 50 ekor udang sahaja kurang pula udang.. penat.... Tepat jam 9.00 am aku terus memecut kelubuk kegemaran ku, bermulalah aksi tarik menarik. Tepat jam 12.30 pm trip terpaksa diberhentikan memandangkan umpan sudah habis dan aku terus memecut pulang ke kg wes 10....

2 comments: