nuffnang

Sunday, May 23, 2010

Trip Dengan Jubakna Pudin Khan 23 Mei 2010 ... Memang Mantop

Trip kali ini dirancang selama tiga hari sahaja, pada awalnya saya, Mr Fizal dan Jubakna Pudin Khan telah berjanji akan turun pada 23 mei (ahad). Seawal jam 4.30 aku telah bangun dan menyediakan bekalan untuk beraksi di lokasi seperti biasa. Tepat jam 4.50 hp ku berbunyi ada satu mesej, aduh kesian Mr Fizal tak dapat turun kerana anaknya sakit... kesian dia apa boleh buat sudah tangungjawab sebagai bapa mithali.

Trip diteruskan juga biarpun hanya kami berdua, tepat jam 5.10 kereta Jubakna Pudin Khan sudah berlabuh didepan pagar rumahku. Setelah menyimpan semua peralatan kami pun terus bergerak ke Kg Wes 10 dimana lokasi perahu ku menantikan tuannya. Setiba kami di wes 10 lebih kurang jam 6.00 pagi, setelah menyimpan semua peralatan kedalam perahu kami terus bergerak ke laut untuk mencari udang hidup. Seperti biasa nelayan penjurut udang sudah tersedia dengan udang hidup yang segar bugar, tanpa membuang masa kami terus bergerak setelah mendapat upan udang hidup. Seperti biasa lokasi pertama ialah tunggul Bangkuduan jadi pertaruhan. Setiba di lokasi sudah ada bot pengailan berlabuh disitu bila diamati rupanya bekas cigu ku dan juga rakan sepejabat ku Tuan Hj Ali.

Tanpa melengahkan masa sauh terus dilabuhkan kedasar dan bermulalah aksi membotom. Belum sampai 1 minit jorang ku telah menerima isyarat ada pemangsa mau membedal udang hidup yang segar bugar dan pemangsanya dapat di tumpaskan seperti biasa Merah Tanda berjaya dinaikkan. Bermulalah sesi asal taruk tetap tarik kesemuanya ikan merah tanda yang jadi mangsa aku dan geng ku Jubakna Pudin... Setelah aksi kurang membrangsangkan kami telah berpindah ke lubuk ke seterusnya Lubuk Maidin dan Balingkatak. Di Lubuk Balingkatak kali ini memberikan potensi yang memberangsangkan sehingga kami ke habisan umpan.... seronok kata geng ku memang puas melayan ikan kali ini... Jam 5.00 petang kami berangkat pulang dengan hati yang gembira... akan di apil lagi minggu depan...


pari daunan yang kecundang


Double Strike ..... mantop

Jubakna Pudin Khan dengan ci putih


Kurau Jenivel yang kecundang

hasil membotom

No comments:

Post a Comment