nuffnang

Saturday, May 15, 2010

Lingkuh yang lama menyepi


Lingkuh penyambar geweng







Kembalinya Predetor Maidin



Seawal pagi jam 5.30 am aku terlah bertolak ke kg wes10 bersama ag jamal dan seorang lagi rakannya. Kedua-dua mereka adalah bekas murid ku semas mengajar d SMK Membakut. Kami menaiki 2 buah kereta. Tepat jam 6.10 am kami telah sampai di kg wes10, cuaca pada pagi ini menampkan kemurungannya dengan hujan renyai2.

Setelah menyediakan peralatan kami terus bertolak ke lokasi yang biasa ku tuju, trip kali ni juga sama dengan mr faizal iaitu memboto maklulamlah geng ini juga tidak berapa gemar dengan aksi troling. Tepat jam 7.00 am kami telah sampai ke lokasi mencari udang hidup kebetulan sudah ada bot menjurut udang yang sedang memainkan peranannya. Aku terus ke bot yang sedang menaikkan udang hidup kebetulan pula botman adalah rakan sekelas ku semasa sekolah rendah dulu.. senanglah ku dapat umpan heheheh.. Setelah selesai mendapatkan bekalan udang hidup kami terus memecut ke lokasi yang biasa di kunjungi, cuaca masih lagi menampakkan kemurungannya.. memang hari ini cuaca kurang memberangsangkan kaki pancing macam kami.

Di lokasi pertama di Ingur2 kami hanya menerima layanan gelama dan merah tanda, selepas itu kami berpindah ke lubuk seterusnya Bangkuduan, malanganya arus terlalu kuat dan kami hanya dapat melayan beberapa ekor merah tanda dan gerud2. Ag jamal mendapat serangan yang kuat menyebabkan jorannya melentur bagai nak patah tapi sayang sang pemangsa lebih bijak meloloskan diri dengan membawa mata kali ag jamal... nampaknya ada lagi yang terpaksa ke hospital untuk membuka pemata.. kesian pemangsa tersebut. Setelah aksi kurang memberangsankan aku mengajak rakan sepengailan berpindah ke lubuk Barabak, disini kami hanya dapat melayan beberapa ekor kerapau rintik memeng sedap kalau di stim...

Lubuk terakhir yang kami kunjugi ialah lubuk antara maidin ke balingkatak untuk mencari merah tanda dan kerapu laki. Sebelum sampai kelokasi yang di tuju aku melihat airnya sangat sesuai untuk ku melakukan aksi troling, tanpa membuang masa aku telah melontarkan geweng kegemaranku lalu membuat tundan. Hanya dalam masa lebih kurang 10 minit drik peen ku telah berbunyi kuat dengan tali sulam power pro kekuatan 50 paun terus keluar dengan lajunya, dalam hati ku berkata sah sudah geng yang lama menyepi sudah kembali. Aku terus memperlahankan enjen bot dan terus mencapai joran ku yang sedang menerima asakan yang kuat. Setelah melayan asakan dengan berhati2 akhirnya munculah geng yang di cari yang sudah lama menyepikan diri, tanpa membuang masa aku terus mencangkuk badan lingkuh yang masih menampakkan kegagahanya. Akhirnya lingkuh yang gagah terkulai layu... rasa kepuasan yang menyelubungi aku dan geng pengailan ku. Setelah bergambar dan di timbang lingkuh yang kami tumpaskan mempunyai keberatan 7.1 kg... syukur.....


Kerapu yang sedap di stim




No comments:

Post a Comment