nuffnang

Wednesday, June 23, 2010

TRIP HARI BERANGIN

Trip kali ini dirancang tiga hari selepas aku balik dari KL bersama keluarga tercinta. Trip kali ini bersama dua rakan yang sudah ketagih untuk beraksi. Kali ini Ilham dan Bob Ali telah telah me sms bila beraksi. Seperti yang dirancang seawal jam 5.30 am kami telah bertolak dari Membakut menuju ke Wes 10. Lebih kurang jam 6.40 am kami telah sampai dan terus menyimpan semua senjata pertempuran kedalam bot.

Tiba di lokasi mencari umpan udang hidup tak kelihatan bot-bot penjurut, maknanya terpakslah aku menebarkan jala. Setelah menjala udang yang dicari-cari hanya tak sampai 10 ekor, terpaksalah kami pergi ke laut sipitang dimana disitu kelihatan kapal-kapal tunda. Setelah mendapat umpan kami terus menuju ke Lubuk pertama ( lubuk barabak ). Balingan pertama ku telah di sambut ikan putih dan seterusnya kami telah diasak oleh ikan merah tanda. Setelah kurang memberangskan kami berpindah ke lubuk balingkatak, semasa menuju ke balingkatak kami telah dilanda angin kencang dan ombak yang besar-besar juga.

Setiba di lokasi kami terus melabukan pancing, ilham telah menerima sambaran pertama ikan merah tanda. Ilham menerima strik berturut-turut dan merah tanda lagi yang naik sibuk ilham ketika itu, selepas itu giliran ku pula strik ikan merah kedua-dua joran ku di tarik serentak mujurlah bob ali membantu menaikkan. Terima kasih bob ali, selepas itu kami bergilir-gilir menrima asakan merah tanda. Tepat jam 11.30 am joran ku telah direntap dengan kuat nasib baik aku sempat memegang joranku yang hendak terjun ke sungai. Setelah melayan tarikan yang agak kuat akhirnya Ibu gelama terkulai layu.... ooooo seronok melayan ibu gelama seberat 3.8 kg.


sang ibu gelama ( jarau )

Setelah aksi berkurangan kami berpindah kedepan sedikit dekat dengan tanjung, kami bertiga terus melabukan pancing, belum sampai dua minit pancing kami telah menerima sambaran dari penghuni sungai lagi ikan merah, kerapu yang rakus menelan umpan udang hidup. Di tanjung itu kami menerima asakan sang merah tanda taruk makan taruk makan.... seronok..

antara merah tanda yang kecundang
Akhiran jam 5.20 pm kami trip kami ditamatkan dan pada ketika itu cuaca agak baik untuk kami menuju kepangkalan...


Monday, May 24, 2010

Pemandangan Sungai Balingkatak


Pemandangan yang sunguh indah, sesedap mata memandang sedap lagi bila dapat menurunkan pancing di sungai Balingkatak ini. Kebanyakan spesis ikan di sini memang ikan yang digilai kaki pancing antara penghuni tetap ikan di sungai ini antaranya Ikan Putih, Kurau, Kerapu, Jenahak, Merah Tanda, Ungah( MJ) dan ada banyak lagi spesis yang membuatkan kaki pancing tidak dapat melupakkan bila pernah beraksi di sini..... memang berbaloi bro...

Sunday, May 23, 2010

Trip Dengan Jubakna Pudin Khan 23 Mei 2010 ... Memang Mantop

Trip kali ini dirancang selama tiga hari sahaja, pada awalnya saya, Mr Fizal dan Jubakna Pudin Khan telah berjanji akan turun pada 23 mei (ahad). Seawal jam 4.30 aku telah bangun dan menyediakan bekalan untuk beraksi di lokasi seperti biasa. Tepat jam 4.50 hp ku berbunyi ada satu mesej, aduh kesian Mr Fizal tak dapat turun kerana anaknya sakit... kesian dia apa boleh buat sudah tangungjawab sebagai bapa mithali.

Trip diteruskan juga biarpun hanya kami berdua, tepat jam 5.10 kereta Jubakna Pudin Khan sudah berlabuh didepan pagar rumahku. Setelah menyimpan semua peralatan kami pun terus bergerak ke Kg Wes 10 dimana lokasi perahu ku menantikan tuannya. Setiba kami di wes 10 lebih kurang jam 6.00 pagi, setelah menyimpan semua peralatan kedalam perahu kami terus bergerak ke laut untuk mencari udang hidup. Seperti biasa nelayan penjurut udang sudah tersedia dengan udang hidup yang segar bugar, tanpa membuang masa kami terus bergerak setelah mendapat upan udang hidup. Seperti biasa lokasi pertama ialah tunggul Bangkuduan jadi pertaruhan. Setiba di lokasi sudah ada bot pengailan berlabuh disitu bila diamati rupanya bekas cigu ku dan juga rakan sepejabat ku Tuan Hj Ali.

Tanpa melengahkan masa sauh terus dilabuhkan kedasar dan bermulalah aksi membotom. Belum sampai 1 minit jorang ku telah menerima isyarat ada pemangsa mau membedal udang hidup yang segar bugar dan pemangsanya dapat di tumpaskan seperti biasa Merah Tanda berjaya dinaikkan. Bermulalah sesi asal taruk tetap tarik kesemuanya ikan merah tanda yang jadi mangsa aku dan geng ku Jubakna Pudin... Setelah aksi kurang membrangsangkan kami telah berpindah ke lubuk ke seterusnya Lubuk Maidin dan Balingkatak. Di Lubuk Balingkatak kali ini memberikan potensi yang memberangsangkan sehingga kami ke habisan umpan.... seronok kata geng ku memang puas melayan ikan kali ini... Jam 5.00 petang kami berangkat pulang dengan hati yang gembira... akan di apil lagi minggu depan...


pari daunan yang kecundang


Double Strike ..... mantop

Jubakna Pudin Khan dengan ci putih


Kurau Jenivel yang kecundang

hasil membotom

Wednesday, May 19, 2010

Kg Wes 10 yang indah dan permai


Penduduk Kg Wes 10 kebanyakannya adalah nelayan sejati yang menjadikan pekerjaan ini sebagai warisan turun temurun.

Saturday, May 15, 2010

Lingkuh yang lama menyepi


Lingkuh penyambar geweng







Kembalinya Predetor Maidin



Seawal pagi jam 5.30 am aku terlah bertolak ke kg wes10 bersama ag jamal dan seorang lagi rakannya. Kedua-dua mereka adalah bekas murid ku semas mengajar d SMK Membakut. Kami menaiki 2 buah kereta. Tepat jam 6.10 am kami telah sampai di kg wes10, cuaca pada pagi ini menampkan kemurungannya dengan hujan renyai2.

Setelah menyediakan peralatan kami terus bertolak ke lokasi yang biasa ku tuju, trip kali ni juga sama dengan mr faizal iaitu memboto maklulamlah geng ini juga tidak berapa gemar dengan aksi troling. Tepat jam 7.00 am kami telah sampai ke lokasi mencari udang hidup kebetulan sudah ada bot menjurut udang yang sedang memainkan peranannya. Aku terus ke bot yang sedang menaikkan udang hidup kebetulan pula botman adalah rakan sekelas ku semasa sekolah rendah dulu.. senanglah ku dapat umpan heheheh.. Setelah selesai mendapatkan bekalan udang hidup kami terus memecut ke lokasi yang biasa di kunjungi, cuaca masih lagi menampakkan kemurungannya.. memang hari ini cuaca kurang memberangsangkan kaki pancing macam kami.

Di lokasi pertama di Ingur2 kami hanya menerima layanan gelama dan merah tanda, selepas itu kami berpindah ke lubuk seterusnya Bangkuduan, malanganya arus terlalu kuat dan kami hanya dapat melayan beberapa ekor merah tanda dan gerud2. Ag jamal mendapat serangan yang kuat menyebabkan jorannya melentur bagai nak patah tapi sayang sang pemangsa lebih bijak meloloskan diri dengan membawa mata kali ag jamal... nampaknya ada lagi yang terpaksa ke hospital untuk membuka pemata.. kesian pemangsa tersebut. Setelah aksi kurang memberangsankan aku mengajak rakan sepengailan berpindah ke lubuk Barabak, disini kami hanya dapat melayan beberapa ekor kerapau rintik memeng sedap kalau di stim...

Lubuk terakhir yang kami kunjugi ialah lubuk antara maidin ke balingkatak untuk mencari merah tanda dan kerapu laki. Sebelum sampai kelokasi yang di tuju aku melihat airnya sangat sesuai untuk ku melakukan aksi troling, tanpa membuang masa aku telah melontarkan geweng kegemaranku lalu membuat tundan. Hanya dalam masa lebih kurang 10 minit drik peen ku telah berbunyi kuat dengan tali sulam power pro kekuatan 50 paun terus keluar dengan lajunya, dalam hati ku berkata sah sudah geng yang lama menyepi sudah kembali. Aku terus memperlahankan enjen bot dan terus mencapai joran ku yang sedang menerima asakan yang kuat. Setelah melayan asakan dengan berhati2 akhirnya munculah geng yang di cari yang sudah lama menyepikan diri, tanpa membuang masa aku terus mencangkuk badan lingkuh yang masih menampakkan kegagahanya. Akhirnya lingkuh yang gagah terkulai layu... rasa kepuasan yang menyelubungi aku dan geng pengailan ku. Setelah bergambar dan di timbang lingkuh yang kami tumpaskan mempunyai keberatan 7.1 kg... syukur.....


Kerapu yang sedap di stim




Wednesday, May 12, 2010

Kenangan Troling 2009

mr ilham penunda tegar


kenangan yang sangat manis

trip dalam bulan ramadan

Kenangan trip troling tahun 2009 memang seronok setiap kali turun pasti akan dapat pemangsa yang di idamkan setiap kaki troling di kawasan Bangkuduan hingga ke Balingkatak. Bermula dari bulan mac hinggalah bulan ogos tahun 2009 setiap trip yang di rancang pasti membawa hasil yang lumayan.
Tahun 2010 bulan januari trip troling dan botom terpaksa di aplikasikan bersama-sama memandangkan tahun 2010 troling kurang memberangsangkan. Troling di buat cuma seketika sahaja itupun ketika hendak beralih ke lubuk yang lain dalam acara membotom. Sekarang sudah bulan mei belum ada lagi geng troling yang menghantar mesej yang mendebarkan, harap2 bulan jun ni pemangsa2 yang dinantikan akan muncul ......